Tuesday, September 30, 2008

Ramadhan 2 ...Jenab Yang Setia

Salam seram dr aku..
Jam menunjukkan pd pukul 3.04pg..Di pagi yg dingin ni,aku ingin berkongsi satu cerita..dimana cerita ini ada sangkut pautnya dengan bulan ramadhan atau bulan puasa.Orang ckp,bila tibanya kedatangan bulan ramadhan ini..semua makhluk halus(termasuklah setan) telah digari..

Jenab(bkn nama sebenar) merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan baru 8bulan mendirikan rumah tangga dengan pasangan hidupnya iaitu Jamil sorang nelayan.Mereka baru shja pindah dirumah pangsa ditingkat 6,kerana sebelum ini mrk tinggal bersama ibubapa Jenab.Ibu Jenab terkenal dgn 'kelazeran' mulutnya hinggakan menjadi buah mulut sekitar kampung tempat mrk tinggal.Dan krn mulut ibu Jenab jglah menyebabkan Jamil terpaksa mencari rmh baru..kerna tidak sanggup menerima cercaan drp ibu mertuanya itu.Dgn berpindah ketempat baru..bermakna bertambah jauhla utk Jamil berulang alik turun ke laut mencari rezeki. Namun bergitu mrk kelihatan bahgia skali biarpun masih belum menimang cahayamata lagi.Oleh kerana hasil pendapatan Jamil tidak menentu,dia terpaksa bekerja dengan lebih keras lagi utk menyara kehidupan mrk berdua.Setiap pagi Jenab akan menyediakan ubi kayu rebus dgn kopi pekat sebagai bekal utk suaminya Jamil bila berada dilaut nanti.Walaupun Jenab ditinggalkan oleh suaminya berhari2 lamanya,namun begitu dia masih mampu utk menjaga maruah dirinya.

Tidak jauh dari flat mereka,ada sorang pemuda.. Karim namanya..Beliau merupakan sorang jagoan rempit(lumba motor)dan sorang jiwang karat roman picisan dikalangan gadis2 kilang.Karim bukan shaja 'terer'(hebat)dijalan raya,malah dia jg 'terer' mengayat awek2 diflat tempat dia tinggal..dia tdak mgira muda, tua,bujang,janda ataupun istri org semuanya dia sapu.Dia amat berdedikasi dgn 'kerjayanya' itu..Namun begitu..hatinya sungguh terusik sejak 2 3 hari ini.Dia tidak mampu utk melupakan sorang isteri muda yg cantik lagi gebu yg selalu ditinggalkan oleh suaminya..ya..tidak lain lagi iaitu Jenab.

Hampir setiap pagi..dgn berbekalkan motor kapcai yg berbulan 'sangkut'(tdk dpt byr ansuran)..Karim akan mengayat Jenab dan cuba utk bermain cinta dengannya.Namun begitu cintanya tidak berbalas,kerna Jenab sangat setia dengan suaminya Jamil..dan menganggap Karim itu mcm adik kandungnya sendiri.

Hari berganti minggu..ninggu berganti bulan..Jenab mulai risau dgn suaminya yg belum lagi balik dari laut.Kerana kesetiaannya,Jenab tetap menunggu dengan tabah dan percaya suaminya akan balik kerumah jg pd satu hari.Sehinggalah pd satu hari,Jenab telah jatuh sakit,kerana terlalu rindu dgn suaminya itu.Ibubapanya cuba membawa Jenab tinggal ditempat mrk..tetapi Jenab selalu berkata"Takpe la mak ayah,Nab nak tunggu juga abang Jamil..lagipun Nab dah sediakan makanan kegemaran abang Jamil ni".kata Jenab kepada ibubapanya.Serba salah ibubapa Jenab dibuatnya.

Setelah berbulan2 menanggung derita kerana rindunya kepada suaminya..Jenab telah menjadi orang kurang siuman..Kanak2 diflat tempat tinggalnya selalu mengacau Jenab dan menggelarnya bermcm2 spt Jenab gila laki dan Jenab hantu.Namun begitu Jenab tidak peduli dgn kanak2 itu..Hampir setiap hari..tidak kira siang atau malam..Jenab akan pergi kerumah2 sekitar flat tempat tinggalnya dan bertanyakan prihal suaminya.."Assalamualaikum,kamu ada nampak suami aku tak?"cam tu la ayat yg dia slalu guna.Tidak kirala la,kalau orang tidur skali pun..dia akan tetap mengetok tingkap atau pintu dan bertanyakan suaminya.Bila waktu malam sahaja..hampir setiap rumah di flat itu akan mdpt 'kunjungan' Jenab.

Sehinggalah pada satu pagi,penduduk flat itu dikejutkan dengan berita kematian Jenab yg terjatuh dari tingkat 6.Menurut autopsi yg dijalankan,Jenab meninggal dunia ditempat kejadian disebabkan tulang rusuk dan tengkoraknya remuk.

Setelah begitu lama,kisah ttg kematian Jenab telah mula berkurangan..kerana penduduk flat mulai sibuk dengan kehidupan harian mereka..lebih2 lagi pada bulan ramadhan.Karim yg pada dulunya sorang mat rempit tlh mulai berubah,kalau dahulunya dia menjadikan waktu senja sebagai waktunya utk melakukan onar dan maksiat..tapi sekarang bila tibanya bulan ramadhan..dia lebih gemar berada di surau membaca al-quran serta sembahyang berjemaah.

Satu mlm,semasa Karim asyik menonton berita jam 9.00mlm..Dia terdengar spt ada orang berjalan diluar pintu rumahnya..tetapi dia tidak mempedulikannnya.Tok!tok!tok!..pintu rumahnaya diketuk"Hish!siapala lagi yg datang mlm2 ni"kata hati Karim.Dia tetap tidak berganjak dari tempat duduknya.Tidak cukup dgn itu,tingkap rumahnya lagi diketuk"Hish!tadi di pintu.skg ditingkap pula..diorang ni tak tau ke aku nak layan cd ke tv ke ha?"kata Karim lagi."Hoi..dah orang tak jawap tu,maknanya tak nak layan la..esok nak puasa lagi"Karim memarihi orang diluar tingkapnya.Selepas itu dia terdengar orang bagi salam"Er..Assalamualaikum..maaf menggangu..ada nampak suami saya tak.. Jamil".Eh!Suara tu mcm kenal..tapi dia kan dah lama meninggal".kata hati Karim yg mulai takut."Ada nampak suami saya tak?"suara itu masih lagi ada diluar tingkapnya.Karim tidak berani untuk menjenguk tengok keluar tingkapnya..dia membiarkan sahaja suara itu berlalu pergi.

Sehingga kini roh Jenab masih lagi merayau2 kesetiap rumah untuk mencari suaminya.Tidak kiralah..bulan ramadhan ka,bulan rejab ka..kerana kesetiannya..roh Jenab akan mencari suaminya tidak kira dimana sahaja.Dan jika pd satu mlm, janganla korang berani menjenguk dipintu atau tingkap..jika mendengar ketukan dan salaman "Assalamulaikum,ada nampak suami saya tak?".........

No comments: